Friday, December 25, 2009

PRODUCT CVT

KLINIK CVT KUANTAN

A1-4 PLAZA GAMBUT(MARA)

JALAN GAMBUT, 25000

KUANTAN, PAHANG

TEL : 0199884466

DR. SERI (HAMIDAH)

DR. M (MOKHTAR)

TEA TREE CLEANSER

RM 50.00

Tea Tree Cleanser CVT telah dipertenagakan dengan gelombang tenaga bunga yang menyamai frekuensi yang terdapat pada wajah yang bertindak sebagai pengionan semula jadi (ion-ion negatif). Ia dapat mengembalikan kestabilan sel-sel pada kulit muka, menjadikannya lebih segar dan kelihatan lebih berseri. Ia sebagai bahan pelembab khusus merangsang vitamin E yang tidak aktif di bawah kulit dan asid amino dan menyerap lebih jauh bagi menghidratkan, melindungi dan membaharui kulit dengan maksimum.

Kaedah penggunaan :

Tea Tree Cleanser sebagai agen pembersihan kulit sama seperti sabun atau syampu atau pencuci muka yang biasa digunakan. Hanya perlu buihkan di tapak tangan dengan 2 – 3 titik dan cucilah muka atau bahagian yang ingin kita bersihkan. Kemudian bilas semula. Bagi mereka yang menghidapi masalah sakit kulit, gunakan pati Tea Tree Cleanser ini dengan kerap di tempat yang dijangkiti. Amalkan setiap hari. (Untuk kegunaan luaran sahaja)

SERI WAJAH

RM 72.00

Rawatan era terkini di alaf baru dalam sifat warna melalui proses tafsiran otak ke atas gelombang magnetik dan elektromagnetik. Rawatan berbagai penyakit melalui kecantikan kulit dan sistem kederiaan dengan menggunakan konsep Aromatherapy dan dengan teknik Hidroterapi Ais (Terunggul dan pertama di dunia)Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semula jadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan sistem hormon.Ekstrak bunga-bungaan digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga berfrekuensi rendah bagi mencapai tahap sifar (0 Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalaman tubuh (Will Power) secara semulajadi.

Ini adalah ramuan minyak pati bunga dicipta khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian pada bunga-bungaan menerusi sistem neuro ke otak sebagai pengimbang semulajadi spritual, emosional, mental dan fizikal individu. Kesucian terjamin tanpa unsur kimia untuk kegunaan harian pada semua tahap usia.

Pati Bunga Yang Dirakam Semula Dengan Daya Magnetik

Pati bunga dengan daya magnetik bukanlah ‘ubat’ yang boleh menyembuhkan tetapi ia bertindak membantu tubuh menyembuhkan diri sendiri dengan merangsang pelbagai sistem tubuh dan organ untuk bekerja semula melalui aliran tenaga penyembuh semula jadi. Pati bunga melalui terapi magnetik yang merangsang semula aliran tenaga magnetik akan bekerja secara langsung pada bahagian yang sakit.

Pati bunga yang telah dimagnetikkan tidak memerlukan diagnosis untuk mengesan bahagian yang lemah kerana daya magnetiknya berupaya mengesan terus dan mencari sasaran kawasan yang lemah malah merawat punca kepada terjadinya penyakit. Ahli sains dan bijak pandai hari ini terpaksa mengakui bahawa badan kita yang disokong oleh berbagai struktur tulang terutamanya tulang belakang sebenarnya mengalirkan daya magnetik yang besar dan merupakan struktur yang terbina daripada beberapa unit magnet.

Seri Wajah mempunyai kadar gelombang yang sangat pendek bagi membolehkan setiap atom mampu dipengaruhi oleh deria. Perlu diingat daya magnetik tidak hanya mengalir di dalam atau di luar tubuh tetapi juga beredar di dalam medan magnet yang disebut aura.

Aura atau medan magnetik yang kuat terhasil daripada tubuh seseorang amat berpengaruh dan menguasai aura di persekitaran tubuh. Oleh itu, semua jenis unsur kehidupan seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan akan ‘tunduk’ kepada kekuatan aura daripada tubuh seseorang yang bertenaga.

Bagaimana Seri Wajah Memainkan Peranan

Seri Wajah dapat mengimbangi getaran frekuensi otak tengah (Hipotalamus) yang mengawal Hormon DNA genetik kegemukan yang tidak dapat dibantu oleh pelbagai jenis steroid atau kimia pemakanan yang didakwa berkesan. Otak bahagian tengah iaitu Hipotalamus berfungi mengawal daya tumpuan dan tekanan perasaan. Keseimbangan bahagian itu bermakna anda ceria. Keharmonian dalam mencari ketenangan secara langsung merangsang thyroid untuk meningkatkan kerja-kerja metabolisma dengan tahap iodin yang dapat merangsang zat-zat pemakanan terhasil menjadi tenaga semulajadi tubuh dan menghalang lemak yang tidak diperlukan.

Mengawal selera serta meningkatkan metabolisme bagi mengimbangi pengeluaran hormon (penting dalam penjagaan berat badan). Bertindak memelihara maskular (otot yang mengendur). Amat ketara membongkar toksin di dalam air kencing. Juga menghalang penyimpanan air berlebihan di dalam tubuh melalui potassium. Mengurangkan keletihan, menambahkan kesegaran berfikir, merehatkan tidur dan menenangkan fikiran. Sebenarnya terdapat berbagai cara menerapkan semula daya magnetik dengan menggunakan pati bunga Seri Wajah kepada bahagian tubuh badan kita.

Anda boleh menggunakan salah satu daripada kaedah berikut atau menurut keperluannya:

  • Sapuan 3 kali di wajah menggunakan tapak tangan dengan asas air bersama ais sebelum tidur pada waktu malam, boleh disertai dengan urutan ringan
  • Sapuan di seluruh tubuh sebelum tidur disusuli dengan berselimut di dalam ruangan atau bilik yang dingin dan gelap
  • Untuk mandian – Titiskan Seri Wajah ke dalam bekas air mandian (bersama ais), khususnya bagi bilasan-bilasan terakhir selepas mandi
  • Rendaman tubuh secara keseluruhan
  • Urutan ringan – menggunakan ais atau air sejuk bersama beberapa titik Seri Wajah pada bahagian yang diinginkan

Anda juga boleh mencuci wajah dengan Tea-Tree Cleanser dan selepas dibilas, sapukan Seri Wajah ke seluruh muka termasuk bahagian ubun-ubun, belakang cuping telinga dan di bawah dagu. Kulit wajah anda lebih segar malah bercahaya dalam rahsia awet muda. Bukan itu sahaja, aura diri anda akan lebih bersinar mengiringi kehidupan anda. Penggunaan secara rutin dan berterusan bagi meningkatkan kepekaan sistem kederiaan di dalam meningkatkan psikologi atau mengatasi masaalah:

    Rasa percaya diri, Kepuasan jiwa, Iri hati – sedih, Curiga dan mudah tersinggung, Ragu-ragu, Ketidaksabaran, Menunda-nunda, Kejernihan dalam berfikir, Rasa benci dan dendam, Histeria, Perasaan kehilangan arah, Daya ingat, Konflik, Lesu, Rasa kebingungan, Rasa pengertian, Perasaan kosong

Kelebihan Aromaterapi Seri Wajah

Hanya manusia sahaja sebagai makhluk yang paling peka pada wangian, manakala syaitan/binatang/jin amat alah atau tewas pada wangian. Wangian Seri Wajah memiliki manfaat yang beragam 1001. Cara kegunaan mulai dari pertolongan mempertingkatkan ‘Sirr’/Dinding/Perisai halus sehingga membangkitkan perasaan riang dan memulihkan tenaga/stamina.Wangian Seri Wajah paling pantas dan tepat mengesan/menuju ke kawasan sasaran apabila digunakan. Bakteria akan terencat pada wangian. Manakala sel-sel hidup semula dengan wangian khususnya Seri Wajah.

    Proses penyulingan adalah menggunakan wap/gas – unsur otak paling ringan. Wap/cairan (distimkan) – akan keluar apabila dikenakan tekanan

Mandi wap atau stim yang berlebihan hanya akan mengeluarkan atau membocorkan aroma/haruman tubuh yang paling semula jadi. Sel-sel tubuh akan kehilangan tenaga vital yang semulajadi dengan mandian wap sebegini. Kesannya, sistem imun tubuh menjadi lemah dan begitu banyak alahan dan serangan/jangkitan penyakit boleh berlaku.



ALGA FOR WOMEN

RM 125.00

100% ekstrak organik semulajadi melalui kajian saintifik dan ujian klinikal. Meningkatkan rangsangan hubungan seksual suami-isteri untuk keharmonian hidup berkeluarga. Tiada kesan sampingan malah membina kesihatan tubuh luaran dan dalaman melalui rahsia perubatan sejak 3000 tahun dahulu. Rahsia tersembunyi dari pelbagai jenis rumpair laut paling dalam kini sebagai perangsang sistem saraf yang amat menakjubkan.

Kaedah penggunaan :

Minyak Alga : Secara umumnya ia digunakan pada bahagian luar tubuh dengan kadar setitik setiap kali penggunaan. Untuk kesuburan, sapukan pada alat sulit wanita setiap hari sebanyak 2-3 kali dan jadikan amalan berterusan. Ia juga boleh diminum dengan mencampurkannya ke dalam air yang tidak dimasak dan amalkan setiap hari. Juga sesuai digunakan untuk merawat luka-luka kecil.

Hormonal Balance - Seperti formula NW, ia diambil secara berfasa menurut keperluan tubuh.




ALGA SHOUSHMA FOR MEN

Alga Shoushma For Men

Produk (alga) khusus untuk memulih dan membina kulit. Dirumus khas bagi lelaki iaitu sebagai penggalak dan pemangkin fungsi kelenjar pineal dan pituitari yang membantu keseimbangan hormon semua sistem tubuh. Ekstrak Herba Shoushma adalah makanan suplimen yang sungguh ajaib bagi maksud merangsang keinginan seksual yang mencetuskan keharmonian rumahtangga.

Kaedah penggunaan :

Alga Shousma Men (Minyak) digunakan dengan kaedah sapuan terutama pada bahagian alat sulit lelaki. Gunakan 1-2 titik alga ini dan sapukan dengan urutan lembut pada bahagian urat di bawah zakar dan ulangkan beberapa kali. Boleh juga disapu pada bahagian pinggang (belakang) atau pada bahagian yang sakit atau terseliuh. Sapukan ais terlebih dahulu pada bahagian berkenaan. Amalkan setiap hari ketika sebelum tidur.

Ekstrak Herba Shoushma (kapsul) boleh diambil sebiji untuk 2 hingga 3 hari bergantung kepada keperluan. Pengambilan paling sesuai ialah selepas waktu senja atau 2-3 jam sebelum bersama isteri. Sila minum air dengan kerap selepas mengambil formula ini. Kesan yang berlaku bergantung kepada individu dan ia adalah berbeza.




GARAM BOOSTER

RM 33.00

Garam rendah sodium dan tinggi potassium untuk kesihatan tubuh melalui kelancaran sistem darah. Membantu meringankan masaalah darah tinggi selain meningkatkan kandungan oksigen dalam darah. Menyeimbangkan keadaan berasid, selain menjadi agen detoksifikasi dan menyingkirkan toksid daripada tubuh dalam masa yang singkat.

Semua deria rasa yang membabitkan kerja-kerja enzim dan metabolisma akhirnya akan dikesani oleh rasa masin.

Medan masin atau garam dalam pemakanan adalah langkah pertama menghantar isyarat ke otak agar enzim dapat dirembeskan pada sistem penghadaman.

  • Garam adalah sangat baik untuk penyebaran keasidan daripada sel tubuh, dengan sebahagiannya sel otak
  • Garam baik untuk keseimbangan kadar gula di dalam darah sebagai elemen keperluan dalam merawat penyakit seperti diabetes.
  • Garam adalah untuk penjanaan tenaga hidroelektrik di dalam sel tubuh. Ia digunakan sebagai penjanaan kuasa dalaman pada penggunaan tenaga yang diperlukan oleh sel
  • Garam baik untuk komunikasi dan pemprosesan maklumat sel saraf pada sepanjang masa sel otak bekerja sejak hidup hinggalah ke penghujung usia.
  • Garam baik untuk penyerapan partikel makanan melalui laluan intestin.
  • Garam adalah baik untuk pembersihan paru-paru daripada sumbatan mukus dan likatan sebahagiannya dalam asma dan fibrosis sistic
  • Garam adalah baik untuk membersihkan katarrh dan sinus
  • Garam adalah antihistamine semulajadi yang kuat
  • Garam adalah keperluan untuk melindungi daripada kekejangan otot
  • Garam baik untuk melindungi pengeluaran air liur basi yang keluar ketika tidur. Kerap mengeluarkan air liur basi menandakan kekurangan garam
  • Garam sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang.
  • Garam di dalam tulang adalah sebanyak 27% daripada keseluruhan garam tubuh. Tulang juga terdiri daripada 22% air.
  • Osteoporosis dalam keadaan utama, adalah hasil kekurangan garam dan air dalam tubuh.
  • Garam baik untuk pengaturan tidur, ia adalah hypnotic semulajadi
  • Garam adalah elemen keperluan untuk merawat diabetes
  • Garam apabila diletakkan di atas lidah akan menghentikan kehadiran batuk kering.
  • Garam adalah perlindungan baik daripada gout dan arthritis

Kaedah penggunaan :

Garam ini sebaik-baiknya diambil pada waktu pagi iaitu selepas daripada bangun tidur. Campurkan secubit garam ini ke dalam segelas air yang tidak dimasak untuk diminum. Amalkan setiap hari. Untuk tujuan pemecahan lemak-lemak pada badan, gunakan dengan kerap iaitu 5-7 kali sehari setiap kali sebelum mengambil sebarang makanan.

Amalan Pengambilan Garam pada waktu Subuh

Pengambilan garam juga perlu dikaitkan dengan waktunya. Garam amat bergetar iaitu resonan pada waktu awal pagi (subuh) di atas sebab frekuensinya yang bersamaan dengan alam yang berwarna biru muda pada ketika itu. Justeru pengambilan sedikit garam dengan konsisten setiap awal pagi adalah sangat bermanfaat kepada tubuh. Ini juga adalah salah satu sunnah atau perjalanan Rasulullah SAW sebagai tatacara hidup yang sesuai sepanjang zaman. Rahsia biru muda (cyan) adalah sifat penapisan daripada segala bentuk keburukan dalam berbagai aspek yang kita akan hadapi pada waktu seterusnya.




BRAINY BSE1234 KIDS

RM 98.50

Kumpulan empat jenis/peringkat formula:

1. Happy Genius - Tahap Spiritual

2. Emotional Quotient - Tahap Emosi

3. Super Smart - Tahap Mental

4. Bold & Brainy - Tahap Fizikal

Formula ini menerbitkan rangsangan bahagian otak yang paling dasar iaitu nukleus sel-sel yang berkemampuan 'berfikir' sendiri untuk melaksanakan berjuta fungsi di dalam tubuh. Namun sel-sel di otak juga memerlukan tenaga untuk melaksanakan fungsinya maka di dalam hal ini, formula BSE1234Kids amat membantu meningkatkan rangsangan berfikir melalui tenaga yang dibekalkannya dan isyarat gelombang yang dibawa bersama.

Zaman kanak-kanak sepatutnya diisi dengan minat dan gaya berfikir yang matang serta kreatif supaya masanya dapat diisi dengan pembentukan akhlak murni dan bijaksana. Kebijaksanaan emosi adalah amat penting yang perlu diutamakan di samping kecerdasan 'ceria', pintar akal dan juga matang.

Kekuatan berfikir amat berkait rapat dengan struktur molekul yang terbentuk di dalam otak. Kajian mendapati molekul gula tertentu amat bersamaan dengan molekul otak yang sedang berfikir. Apabila akal berfikir, enzim-enzim bertindak manakala asid amino mencari pasangan-pasangan unsur dan hormon dirembeskan. Hasilnya, sistem imun dan antibodi dapat diperkuatkan.

Otak sebenarnya suatu ruangan yang kosong dan tidak seharusnya disempitkan apabila kurang berfikir atau terlalu banyak memikirkan perkara negatif dan tiada kesudahannya, ataupun disebabkan oleh pemikiran yang telah tertutup.

Oleh itu di antara manfaat formula ini ialah, kanak-kanak akan lebih menggunakan akal yang rasional dalam pemikirannya, bagi yang telah dewasa formula ini selain meningkatkan tenaga berfikir positif dan kreatif, ia membantu mengembalikan semula tenaga atau masa yang telah terlepas kepada kedudukan asalnya yang sesuai dalam hukum keseimbangannya, sehingga membantu memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan mengikut level diri.

Kaedah pengambilan:

Bagi setiap tahap formula (1 hingga 4) ambil sebanyak 3 -5 biji setiap satu jam dengan anggaran 9 kali sehari. Sila kemam atau masukkan ke dalam 1/4 gelas air. (Setiap botol dalam tempoh seminggu). Boleh juga melalui proses diagnosis untuk penentuan dosej yang seimbang dengan keperluan tubuh.

COLOGEN

PROMOSI : RM 100.00

Hidrolisis Kolagen Marin ini dihasilkan oleh Rousselot, France, pengarah kolagen yang paling terkenal di dunia. Kombinasi serbuk Fiber barli dan Vitamin C membantu untuk meningkatkan kadar kecepatan proses pembaikpulihan kulit. Ia digunakan untuk menegangkan kulit, menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan serta garis-garis halus pada kulit. Ia sangat baik untuk kesihatan tulang juga.

FORMULA 1 - MINUMAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN TULANG DAN OTOT

Fiber Barli dan Kolagen
Memperkenalkan revolusi minuman kecantikan kulit dalam penemuan terbaru komposisi kimia yang ideal. Fiber Barli Kolagen yang diaktifkan dengan frekuensi Hidrolisis Kolagen Marin dan Vitamin C. Fiber barli kolagen memiliki tingkat kadar zat dengan sifat-sifat zat yang melalui teknologi pemcecahan molekul yang berenergi.

FORMULA 2 – SHOWER GEL ROSMARY

Shower Gel Rosemary dalam Frekuensi Kolagen, Permaisuri Minyak Dalam Dunia Kecantikan Kulit

Tanda-tanda kulit yang tidak sihat apabila kekurangan kolagen:

    • Jari-jari kaki mulai berketak

    • Rambut semakin halus dan tidak mudah di lentur pada kedudukan asal

    • Rambut yang hitam mulai perang menandakan kesihatan darah yang menjaga kulit tidak sihat.

    • Kulit bibir hitam dan kering

    • Kedutan pada bawah mata dengan warna kulit dibawah mata menghitam sebagai tanda banyak kolestrol di bawah kulit.

    • Jerawat dan kutil-kutil lemak yang timbul dan kekal pada bahagian bawah ketiak

    • Kulit telinga menjadi tebal menghitam

    • Kecutan pada kulit lambat menegang apabila dipicit.

    • Masalah tulang

    • Otot yang mengendur


CONTACT : TEL. 0199884466 (KLINIK CVT KUANTAN)



BASIC ENERGY

Manusia di dalam ketetapan DNA tidak dicipta untuk jatuh sakit. Sains Fizik menjelaskan bahawa kita hanya boleh mengalami penyakit apabila pertahanan tubuh menjadi lemah.

Perkara utama yang menjadi punca kepada penyakit khususnya pada zaman moden ini adalah unsur yang dinamakan ion-ion elektrolit di dalam darah yang tidak dapat mengekalkan keseimbangannya (homeostasis) selain mengganggu cara semula jadi tubuh berkomunikasi untuk melaksanakan sistem neurology. Punca ini dapat dikaitkan dan telah dibuktikan amat sinonim dengan medan-medan daya dan tenaga elektrik yang dipancarkan daripada berbagai jenis peralatan elektrik dan elektronik.

Dalam perkataan lain, sebelum sesuatu penyakit boleh dilihat dengan mata kasar, ia bermula sebagai suatu bentuk gangguan dalam atau kepada medan elektromagnetik tubuh. Masaalahnya tubuh kita secara tidak langsung terpaksa bertindakbalas secara semula jadi dengan semua tenaga luaran.Radiasi elektromagnet dan elektrik yang sangat mencemarkan persekitaran sebenarnya tidak asli, kacau bilau, tidak harmoni dan tidak tersusun dalam kombinasi yang sepatutnya. Bio-Fizik telah menjelaskan bahawa setiap jenis kombinasi (pasangan) yang tidak teratur akan menyebabkan berlakunya penyakit.

Apabila medan tenaga sel-sel di dalam darah kita menyimpan maklumat daripada sumber yang tidak asli itu, frekuensi elektromagnet kita yang telah tersedia ada secara semula jadi akan terubah sehingga menimbulkan gangguan dan hilang imbangan keharmoniannya. Frekuensi Basic Energy yang sesuai boleh sahaja dirakam daripada sumber ayunan electromagnet yang lebih semula jadi seperti cahaya matahari, tanah, air, flora, kristal, unsur surih dan gelombang yang dinilai sebagai frekuensi asas Schumann.

Sejak dari bayi lagi sel-sel dan DNA kita di dalam ketetapannya sebenarnya menyimpan maklumat gelombang yang bersifat asli dan seimbang terhasil daripada sumber-sumber yang dinyatakan.Tubuh manusia hampir sepenuhnya merupakan suatu asas tenaga (Basic Energy) yang sangat bersistem. Semua sel terdiri daripada blok binaan atom dan atom-atom itu sendiri adalah 99.999 peratus ruang dan tenaga.

Oleh itu kita sebagai gedung penyimpan tenaga asli di dalam DNA yang terdiri daripada elemen cahaya dan memancarkan zarah-zarah cahaya (digelar ‘foton’) yang menghasilkan gelombang elektromagnetik. Sebahagian daripadanya boleh diukur dalam frekuensi warna merah sebagai warna asas kejadian penciptaan manusia melalui rahsia darah. Inilah asas tenaga yang sering dirujuk sebagai medan bio-fizik atau medan aurik yang boleh disukat malah boleh ditukar kepada bentuk-bentuk tenaga yang pelbagai tanpa hentinya.Kenyataan ini lebih kukuh lagi apabila tubuh badan kita dalam penafsiran sebenar adalah saling berkongsi di dalam menyimpan maklumat yang bermanfaat atau sebaliknya.

Kesemua fungsi bio-kimia di dalam darah kita dengan mudah diaktifkan oleh Formula Basic Energy yang dirakam semula dengan medan elektromagnetik melalui sukatan frekuensi darah manusia yang sihat.Tubuh kita dikatakan sentiasa terdedah dan boleh menerima berbagai ukuran frekuensi medan-medan daya secara terbuka yang bermula dari nilai kurang 0 hinggalah 105Hz.

Fungsi Basic Energy

Basic Energy dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan asal pengaktif darah dan dihasilkan menurut prinsip semula jadi bagi tujuan menyekat proses pencetusan penyakit melalui darah di dalam tubuh. Basic Energy boleh diklasifikasikan sebagai unsur biologik kerana ia dirakam dengan gelombang tenaga bagi darah agar lebih aktif seperti penghasilan formula daripada sumber hidup.

Basic Energy direkacipta untuk menyekat perkembangan penyakit yang sebenarnya bermula dengan pencemaran darah sehingga gejala fungsi darah yang terganggu.Formula yang berkeupayaan seperti menghambat sel-sel imun yang tidak berfungsi di dalam tubuh. Basic Energy akan mengaktifkan sel-sel T yang bertindak seumpama ‘panglima’ atau ‘jeneral’ kepada sistem imun yang mampu mengenalpasti bahan asing seperti bakteria jahat yang menceroboh sistem tubuh.

Kehadiran sumber asing yang mampu mengubah fungsi asas sistem darah sehingga ke tulang dan sistem endokrin. Sungguhpun definisi kelihatan bersifat teknikal dan rumit, kita akan lebih memahami mekanisma asas darah sekiranya kita mengetahui apakah sebenarnya darah dan bagaimana ia berfungsi dengan sifat-sifat yang dizahirkan melalui perwatakan.Umpamanya darah berfungsi mengawal paras hormon sebagai penghantar maklumat kimia dan cenderung berubah untuk mengawal sistem tubuh keseluruhannya.

Hormon dan darah berkait rapat dalam mengawal sifat, watak dan tingkah laku seseorang dari semasa ke semasa bergantung kepada bahan-bahan di dalam pemakanan seharian.Basic Energy mampu mengawal aktiviti biokimia dalam sel-sel darah di mana enzim-enzim sebagai penerima dapat mencetuskan reaksi bahan kimia tertentu supaya darah lebih aktif dan tidak tercemar.

FORMULA ISTIREHAT - KECERGASAN BERGANDA

Mulakan dengan mudah! Sebiji kapsul sebelum tidur malam setiap hari.
Dan alami perbezaannya pada keesokan hari.

Perhatian:

Merujuk kepada gejala-gejala sementara yang mungkin timbul dan berbeza kepada setiap individu, pengguna boleh mengambil formula NW1 (Fasa 1) atau mandi dengan menggunakan air sejuk untuk merangsang kecergasan tenaga baru. Tubuh sebenarnya memerlukan istirehat yang cukup. Formula ini perlu melalui preskripsi dan nasihat pengamal CVT yang bertauliah.

Nikmati Kelebihan Ini:

CONTACT : TEL. 0199884466 (KLINIK CVT KUANTAN)


FORMULA NW (natuarl wave)

RM 33.00

Formula NW (Natural Wave) 1 hingga 20 untuk perawatan organ atau bahagian yang mengalami ketidakseimbangan. Tiada kesan sampingan, mudah digunakan dan dijamin kesuciannya. Menggunakan tenaga bunga-bungaan yang pasti selamat melalui teknologi perawatan yang tinggi di era milenium.

Kaedah penggunaan : Formula NW diambil berdasarkan kepada hasil diagnosis atau keperluan ketika itu bergantung pada organ dan bahagian tertentu. Kini formula NW telah dipertingkatkan kaedah pengambilannya kepada konsep 'Bermassa III Fasa'. Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan pencapaian tahap penyembuhan yang maksima diperolehi oleh setiap pesakit.

Secara ringkasnya formula Bermassa III Fasa dispesifikasikan seperti berikut:

FASA
KEPERLUAN
TAHAP
DOSEJ
SATU
'Deteksi'
Kelegaan dan Kecemasan
Magnitud
(Tinggi)
4 -7 biji
setiap 15 minit
dalam sehari
DUA
'Kondensasi'
Keseimbangan
Amplitud
(Sederhana)
3 - 5 biji
setiap 1 jam
selama 3 hari
TIGA
'Protektif'
Penyembuhan dan Pertahanan
Resonans
(Rendah)
3 - 5 biji
setiap 3 jam
selama 2 minggu

Pengambilan formula ini amat membantu bagi sebarang bentuk penyakit atau ketidakseimbangan tenaga yang dihadapi oleh sebarang individu pada sebarang tahap usia. Sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada pengamal CVT yang terhampir dengan anda.



Untuk mencari kelemahan/ketidakseimbangan/penyakit termasuk punca kepada permasaalahan dan menentukan formula yang sesuai, CVT mempraktikkan kaedah diagnosis Appilied Kinesiologi (AK) - Biofeedback. Kaedah ini tidak memerlukan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik/elektronik tetapi lebih mengutamakan daya kekuatan diri sendiri yang sebenarnya lebih suci dan murni. Namun begitu, penyerahan total yang disertai dengan kepercayaan, keyakinan dan sifat-sifat murni seorang manusia amat dititikberatkan kerana itulah tenaga yang cukup besar nilai dan manfaatnya kepada manusia itu sendiri.


CONTACT : TEL. 0199884466 (KLINIK CVT KUANTAN)

MANDIAN HYDROTHERAPYAIS

Set Mandian Hidroterapi Ais

Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semula jadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan sistem hormon.

Ekstrak bunga-bungaan digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga berfrekuensi rendah bagi mencapai tahap sifar (0 Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalaman tubuh (Will Power) secara semulajadi.

Ini adalah ramuan minyak pati bunga dicipta khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian pada bunga-bungaan menerusi sistem neuro ke otak sebagai pengimbang semulajadi spritual, emosional, mental dan fizikal individu. Kesucian terjamin tanpa unsur kimia untuk kegunaan harian pada semua tahap usia.

Warna Merah

No 1

Digunakan untuk arteri, kapilari dan pembuluh darah utama. Aktifkan darah, menghantar zat yang bervariasi dari segi jenis dan jumlah yang tepat ke seluruh sel tubuh badan. Saluran darah dikenakan tekanan & diaktifkan untuk atasi kebas-kebas.

Warna Kuning

No 7

Untuk sistem pencernaan, pankreas, duodenum dan hampedu. Meningkatkan proses pencernaan dan mengubah protein menjadi zat dan tenaga

Warna Oren

No 4 (Lelaki)

Untuk kesuburan, sifat kelakian, hormon keberahian dan spermatoza. Relevan-produksi sperma pada suhu 2-3 darjah selsius.

Warna Oren

No 4 (Wanita)

Untuk kesuburan, reproduktif, sifat kewanitaan, Hormon Estrogen, progesteron, bentuk tubuh, kecantikan dan perilaku seksual.

Warna Hijau

No 8

Untuk jantung, mengawal emosi, serangan jantung & tekanan darah. Penguat otot jantung, menyejukan suhu darah yang terlalu panas, menyerap oksigen ke dalam darah, melancarkan sistem peredaran darah & kawalan denyutan jantung.

Warna Hitam

No 9/6

Untuk tulang belakang (vertebra), kesihatan tulang, otot, ligamen, mengurangkan rasa sakit, istirehat tubuh, mengawal kekejangang, merawat cakera tulang belakang yang terhimpit, penyerapan kalsium Vitamin D secara seimbang, mengawal unsur mineral di dalam darah.

Warna Biru

No 5

Untuk kesihatan lidah, esofogus & trakea. Merangsang deria rasa lebih aktif, merangsang air liur, mengurai makanan citarasa pada lidah, mengenal pasti zat, menambah selera makan, merangsang peti suara, mengawal kalsium dan iodin, merangsang tiroid.


No comments:

Post a Comment